PUBG Mobile membawakan Summer Rich untuk peminat dengan hadiah menarik termasuk sebuah Yamaha MT-25

PUBG Mobile, kita tiba dengan memperkenalkan acara ‘Summer Rich’ khas buat pemain Malaysia! Acara ini menyediakan pelbagai ganjaran yang menarik termasuk 30 bongkah emas sebenar, kredit berjumlah sehingga AS$200,000 (RM800 ribu) dan hadiah istimewa adalah motosikal Yamaha MT-25. 

Ganjaran-ganajaran ini boleh mula didapati bermula 9 Julai hingga 30 Ogos ini.

 

Para pemain dijemput bersama rakan-rakan untuk memburu Chicken Dinner di dalam acara “Best Partner” yang juga sebahagian daripada acara Summer Rich.

Mereka akan berpeluang untuk memenangi pelbagai ganjaran yang menarik seperti, pakaian kekal Bad Panda Customs, pakaian Rap Style dan kredit telefon sehingga AS$200,000 (RM800,000).

Mereka yang berminat boleh mendaftar nama anda dan pasangan mereka di menu acara. Di mana, mereka akan diberikan pelbagai misi yang menarik setiap hari yang perlu diselesaikan dan mengumpul mata. Mata itu boleh ditukar dengan beberapa bonus in-game yang menarik. 

Terdapat juga acara “Cyber Discount”. Semasa acara ini berlangsung, setiap pembelian barangan di dalam PUBG Mobile, pemain berpeluang untuk mendapatkan barang terhad dengan harga diskaun iaitu set pakaian Dark Goth, set Neon Punk Hoodie dan skin senjata neon-AWM.

Acara Cyber Discount ini akan bermula pada 3 Ogos hingga 16 Ogos ini.

RELATED NEWS

+