PUBG Mobile membuka pendaftaran Next Star program

Tencent kini melabur AS$100 juta (RM418 juta) ke dalam program baharu untuk pencipta kandungan PUBG Mobile. Program Next Star, yang memulakan proses pengambilannya. Program ini bakal menyediakan calon kepada akses eksklusif, pakej pampasan dan banyak lagi faedah.

Program ini terbuka kepada semua orang dengan syarat mempunyai lebih daripada 50,000 pengikut di YouTube, TikTok, Twitch atau akaun media sosial lain. Calon juga disarankan untuk bersifat ‘profesional, bersemangat dan bekerja keras.’

Jika anda berminat dengan tawaran ini, anda boleh mengisikan borang penyertaan melalui Google Forms ini.

Calon yang diterima ke program ini akan ditawarkan latihan khas serta pakej pampasan. Calon juga akan dapat akses awal kepada PUBG Mobile versi-versi baharu sebelum ia dilancarkan ke pihak awam.

Tencent juga berjanji untuk memberikan calon tahap pendedahan yang tinggi melalui akaun rasmi PUBG Mobile dan juga menyediakan akses kepada kejohanan dan acara luar talian di seluruh dunia.

Calon-calon juga mungkin mendapat peluang untuk menyertai kejohanan eksklusif dan bermain bersama pemain profesional.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi program Next Star PUBG Mobile di sini.

Sumber rujukan: Twitter, PUBG Mobile

RELATED NEWS

+