Walaupun Fortnite dah menunjukkan dominasi dalam industri, PUBG Mobile pun apa kurangnya, mencatatkan rekod tersendiri dengan 100 juta downloads!
Sejak Mac lalu, Tencent melaporkan rekod itu dan tak memasukkan angka dari negara China, Jepun dan Korea.
Syarikat itu juga berjaya mengumpulkan 14 juta ahli yang aktif setiap hari.
PUBG Corp. juga baru-baru ini mengumumkan pertarndingan “Player Well Known” untuk mengajak peminat menyaksikan strim popular dan akan leading up to kejohanan lebih besar akhir tahun ini. Memang betul PUBG dan Tencent nak push game ni lebih jauh ke depan.
Syarikat ini juga berjaya meraih keuntungan yang lumayan iaitu sebanyak $30 juta pada akhir Julai, hanya di belakang Fortnite.
Sumber: Comicbook