PUBG Mobile menyertakan koleksi cerita-cerita hantu Malaysia – Pocong, Pontianak dan Yellow Beetle

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Dalam menyambut Halloween pada Oktober, PUBG Mobile kini melancarkan koleksi cerita-cerita hantu Malaysia dipanggil “Jelmaan”.

Dari 8 Oktober ini, anda akan merasai suasana lebih seram menyelubungi medan pertarungan.

Dapatkan set Pocong yang direka khas oleh pereka tempatan dengan empat item menyeramkan:

Kostum Restless Pocong, senapang DBS Pocong Shadow, backpack Pocong Wanderer dan kuali Elusive Pocong.

Set Pocong ini adalah di peringkat Mythic dan hanya boleh didapatkan melalui acara lucky chance. Setiap percubaan akan menelan serendah 10 UC sahaja.

Acara ini akan tamat pada 11 November jadi pastikan anda aktif bermain untuk dapatkan set Pocong ini. 


Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+