PUBG Mobile, permainan paling kerap dimuat turun bagi November 2021

Ternyata permainan mudah alih battle royale terbitan Tencent, PUBG Mobile masih lagi menjadi permainan yang popular bagi pemain permainan mudah alih bagi November tahun ini.

Sepanjang November, PUBG Mobile memperoleh peningkatan pendapatan sebanyak 46 peratus iaitu, $254 juta, berbanding November 2020.

China menjadi penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 66 peratus, diikuti Turki, 1.3 peratus dan Amerika Syarikat, 6.8 peratus.

Jumlah pendapatan ini diikuti Genshin Impact di kedudukan kedua dengan sebanyak $207 juta dengan peningkatan sebanyak 47 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 

China menjadi penyumbang utama bagi permainan terbitan miHoYo itu dengan 36 peratus dan diikuti Jepun dengan 24 peratus.

Bahkan sepanjang November juga, pasaran permainan mudah alih peringkat global juga dijangkakan sudah menjana sebanyak 7 peratus berbanding tahun lalu, iaitu sebanyak $7.1 billion, di Google Play Store dan App Store.

Pasaran Amerika Syarikat menjana 29 peratus iaitu $2 billion, diikuti Jepun 20 peratus dan China 18 peratus.

Sumber: ETT.

RELATED NEWS

+