PUBG Mobile: [RASMI] Team Secret Akan Menyertai PMSC 2019

Pasukan profesional PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile) negara, Team Secret sah menghadiri kejohanan PUBG Mobile Star Challenge (PMSC) 2019. 

Berita itu diumumkan di laman rasmi Instagram VSPN yang juga penganjur kejohanan tersebut.

Seperti yang dinyatakan di kapsten di atas, Team Secret akan team up bersama gaming creators dan membintangi siri pendek yang akan disiarkan di Youtube.

Selain itu, pasukan Asia Tenggara lain seperti BTR, RRQ Athena dan EVOS juga ada menyertai.

Mengikut jadual dikeluarkan VSPN juga, program realiti itu akan bermula pada 16 Ogos hingga 6 September ini.

Tak seperti kejohanan PUBG Mobile yang lain, PMSC dikhaskan untuk content creators saja dan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul USD$250,000 (RM1.03 juta).

Ia akan mengumpulkan 32 gaming creators dari seluruh dunia dan hanya 16 teratas yang mendapat undian tertinggi saja boleh mencipta skuad dan bermain dalam kejohanan ini bersama 48 pemain profesional PUBG Mobile yang lain.

PMSC Finals tahun lepas diadakan di Dubai dan mempunyai 20 finalis dari lebih 10 rantau. Kejohanan itu dimenangi oleh RRQ Athena bersama trofi dan cek bernilai USD600,000.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+