PUBG Mobile: Tencent mengucapkan selamat tinggal kepada hackers dan cheaters

Setiap kali kita bermain PUBG Mobile, pasti kita pernah jumpa dengan penggodam (hacker) atau pun penipu ini.

Mereka menggunakan pelbagai cara untuk bermain kotor bagi memenangi perlawanan. Antaranya, cheat tembakan menembusi dinding batu, senapang tiada rekoil, kereta terbang, sasaran automatik dan sebagainya.

Tidak kira di peringkat Ace sekalipun, tetap ada golongan menggunakan tipu helah ini.

Perkara ini telah mengakibatkan komuniti PUBG Mobile menunjukkan perasaan tidak berpuas hati kepada Tencent.

Oleh kerana desakan dari para pemain, Tencent telah menaik taraf enjin anti cheat dan hacker mereka.

Baru-baru ini, Tencent telah mengeluarkan infografik laporan anti cheating mereka pada tempoh 6 hari bermula 6 November sehingga 12 November lalu.

Di harap tindakan ini akan dapat dikekalkan oleh Tencent, supaya permainan PUBG Mobile ini mempunyai lebih ramai pemain dan mereka tidak perlu merasa takut untuk berdepan dengan isu penggodam ini lagi.

RELATED NEWS

+