Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan kelayakan untuk Sukan Asia 2022 akan diadakan bagi e-sukan PUBG Mobile.
Dalam satu majlis sambutan ulangtahun keempat PUBG Mobile di Sunway Pyramid, semalam, MOM turut mengumumkan kerjasama bersama PUBG Mobile untuk menjana ekosistem yang sihat untuk pemain-pemain PUBG Mobile diluar sana.
“Kami akan membuat pengumuman untuk acara The Road to 19th Asian Games (RTAG) Hangzhou 2022 di mana satu program e-sukan yang ditubuhkan oleh MOM dan juga Kesatuan Sukan Elektronik Asia (AESF).
“Pemain-pemain yang terbaik untuk mewakili Malaysia di Sukan Asia juga diadakan untuk memilih pemain terbaik melalui RTAG ini,” kata mereka.
MOM juga mengucapkan terima kasih kepada Tencent Games dengan Xiaomi sempena sambutan ulang tahun keempat PUBGM. Bagi kelayakan Sukan Asia itu, satu acara pilihan nasional pada bulan Mei akan diadakan bagi memilih pemain terbaik negara.
Selain itu, mereka juga mengumumkan sebuah kejohanan dipanggil PUBG Mobile City Tournament tak lama lagi.
Majlis Olimpik Malaysia adalah salah satu wakil negara di Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang bertanggungjawab terhadap altet Olimpik Malaysia.
Mereka bertanggungjawab untuk memajukan atlet Olimpik negara serta memupuk semangat kesukanan dan juga disiplin bagi mengeratkan lagi prinsip seorang atlet melalui aktiviti sukan dan pendidikan.
Dalam perkembangan sama, sambutan ulangtahun PUBG Mobile yang keempat akan berlangsung selama 12 hari dari 23 Mac sehingga 3 April di LG2, Blue Concourse, Sunway Pyramid.
Jangan lupa melayari laman Facebook PUBG MOBILE untuk maklumat lanjut.