PUBG Mobile Umum Kolaborasi Bersama The Walking Dead – Juga Update Peta Erangel

PUBG Mobile akan berkolaborasi dengan The Walking Dead (siri televisyen dari AMC) tak lama lagi.

Hal itu diumumkan oleh Pengurus Besar PUBG Mobile Global, Vicent Wang yang berucap ketika acara PUBG Mobile Club Open (PMCO) Global Finals di Berlin, Jerman.

Sebelum ini, PUBG Mobile mempunyai dua mod zombie iaitu “Darkest Night” dan “Survive Till Dawn 2”. Kolaborasi bersama Resident Evil 2 membawa zombi dari francais popular itu ke dalam PUBG Mobile tapi kali ini, belum pasti bagaimana kolaborasi bersama The Walking Dead akan diperlihatkan.

Mungkinkah watak dari siri televisyen itu akan dibawa masuk ke dalam permainan?

Sementara itu, Wang juga mengumumkan yang peta Erangel akan menerima penambahbaikan visual. Korang boleh saksikan dalam video di bawah yang mana kawasan seperti Mylta Power, Prison, Yasnaya dan lain-lain dibandingkan untuk kemaskini visual.

Terdahulu, PUBG di PC menerima kemaskini visual ini untuk Erangel juga. 

PMCO Global Finals kini memasuki hari kedua dan akan berakhir esok. Sebanyak 16 pasukan berentap merebut wang kemenangan USD400,000.

Sumber: Firstpost

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+