PUBG Mobile x Warframe – kolaborasi yang tidak disangka-sangka

PUBG Mobile baru-baru ini mengumukan kolaborasi terbaru mereka dengan Warframe.

Warframe adalah permainan video looter shooter di mana konsep mendapat banyak items dalam dungeon dan memerlukan grind yang banyak.

Bermula semalam hingga 19 April ini, PUBG Mobile akan diperkenalkan dengan tema dan skin dari Warframe.

https://assets-prd.ignimgs.com/2022/03/11/image002-1646960925814.png

Untuk pengetahuan pemain PUBGM, Warframe boleh dikatakan permainan video ninja tetapi di angkasa.

Anda akan mengawal Tenno, satu bangsa purba yang terpaksa berada di tengah-tengah peperangan galaktik di antara beberapa puak.

Tenno akan memakai satu sut digelar Warframe yang mempunyai pelbagai jenis senjata dan kuasa yang berbeza.

Pemain PUBG Mobile akan mendapat beberapa barang kosmetik Warframe namun masih belum ada apa-apa maklumat lanjut mengenai kolaborasi ini.

RELATED NEWS

+