PUBG Mobile: XOX Unity League kini buka pendaftaran

XOX Unity League kini membuka pendaftaran kepada pemain-pemain PUBG Mobile.

Kejohanan ini menawarkan hadiah terkumpul RM140,000 kepada pemain di seluruh Malaysia. Dua kategori dipertandingkan iaitu Region Master dan Grand Master

Terdapat lima zon yang dibuka mengikut tarikh-tarikh berikut bagi kategori Region Master:

  • Zon Utara: 16 Januari 2021
  • Zon Selatan: 23 Januari 2021
  • Zon Sentral: 30 Januari 2021
  • Zon Timur: 6 Februari 2021
  • Zon Borneo: 7 Februari 2021

Kategori Grand Master pula akan dibuka kepada 512 pasukan secara terbuka berlangsung pada 19 Mac hingga 21 Mac ini.

Dua pasukan teratas pada setiap zon akan bertanding di Grand Master Final bersama 16 pasukan teratas kategori Grand Master dan enam pasukan jemputan.

Grand Final akan berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini.

Klik pautan ini bagi pendaftaran.

Kejohanan ini dianjurkan oleh XOX Mobile dengan kerjasama MACPIE dan disokong oleh PUBG Mobile Tencent Gaming. XOX Unity League juga disahkan oleh Malaysia Esports Federation (MESF) dan komuniti (Malaysia Esports Arena).

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+