PUBG Musim Keempat Mengubah Peta Erangel, Pemain Boleh Heal Bila Bergerak

Selepas sekian lama membuat perubahan pada peta Erangel dengan mengubah lokasi, nampaknya kali ini musim keempat PUBG PC akan membawakan kemaskini lebih besar lagi.

Mengikut laporan Polygon, Selain peta ini yang akan diubah lagi, juga ada perubahan pada senjata dan kenderaan yang menerima balancing malah item healing juga turut dipertingkatkan keberkesanannya. Sebagai contoh, lereng bukit dialih kepada kawasan terbuka. Pokok dan batu serta bangunan kecil juga kini muncul di pulau itu.

Patch ini juga memperlihatkan perubahan pada senjata yang mana kurang damage dikenakan daripada senapang M4 dan M16 manakala shotguns dan sub-machine guns menerima buff. Sekarang juga, nyawa pemain boleh bertambah apabila mereka bergerak tapi akan digagalkan kalau melompat atau berlari.

Segala kemaskini penuh untuk musim keempat ini boleh didapati di SINI.

Sumber: Polygon

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+