PUBG: NEW STATE sebelum ini diumumkan pada Februari lalu dan telah menjalani beberapa ujian beta. Kini sekuel bagi PUBG: MOBILE ini sudah boleh dimuat turun di platform Android dan iOS.
Ia berlatarkan dunia pada tahun 2051 di mana peta Erangel menerima sedikit perubahan berbanding PUBG yang asal. Bahkan, ia juga didatangkan dengan sebuah peta eksklusif untuk NEW STATE iaitu Troi sebuah peta bersaiz 8×8 km.
Selain itu, PUBG NEW STATE juga mempunyai ciri grafik yang ditambah baik selain ciri-ciri kustom senjata, kenderaan baru, menghidupkan semula ahli pasukan dan banyak lagi.
Pemain juga boleh merekrut ahli pasukan pihak lawan untuk menyertai pasukan mereka.
Demi mengelak isu penggodam, Krafton juga menambahbaik fungsi keselataman akaun untuk NEW STATE seperti menyertakan kata kunci kedua, verifikasi OTP dan pengesahan dua faktor. NEW STATE juga tidak akan menyokong fungsi emulator berbanding PUBG: MOBILE.
Sumber: Dot Esports