PUBG: NEW STATE tiba 11 November ini!

Krafton, pembangun PUBG: BATTLEGROUNDS, melalui sebuah acara khas secara rasminya mengumumkan PUBG: NEW STATE dengan tarikh pelancaran buat semua pemain di platform iOS dan Android di 200 buah negara iaitu pada 11 November ini! 

PUBG NEW STATE berlatarkan tahun 2051 di mana ia membawakan pengalaman permainan battle royale penuh, tanpa kompromi seperti mana PUBG: BATTLEGROUND di PC dan konsol, dan menjadikan ia permainan yang realistik dan berteknologi tinggi.

PUBG: NEW STATE akan dilancarkan secara percuma dengan 17 bahasa yang boleh ditetapkan di dalam permainan. 

“PUBG: NEW STATE mewarisi teras daripada IP PUBG dan mempunyai ciri kebolehsaingan di pasaran dunia,” kata CH Kim, CEO Krafton.

“KRAFTON akan terus menghasilkan permainan yang boleh dinikmati oleh pemain seluruh dunia. Kami komited untuk menawarkan pengalaman yang menyeluruh dengan kepercayaan, di mana permainan akan menjadi media yang paling hebat.”

Kini, PUBG: NEW STATE sudah menerima pra-daftar lebih 50 juta di platfrom iOS dan Android. Pra-daftar itu dibuka sejak Februari lalu, selepas KRAFTON memperkenalkan PUBG: NEW STATE secara rasmi.

Untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai PUBG: NEW STATE, anda boleh layari mereka di SINI atau ikuti mereka di media sosial, Twitter, Facebook, Instagram dan saluran YouTube

RELATED NEWS

+