PUBG: Peta Bersalji Vikendi Tertiris

Peminat PUBG, hmm korang ada perasan tak? Peta bersalji akan keluar tak lama lagi!

Dinamakan Vikendi, peta itu dah pun tertiris dalam talian dan akan menjadi peta keempat tersedia di platform itu selain Erangel, Miramar dan Sanhok.

Data mengenainya dicipta semula oleh seorang Youtuber bernama Allthenewsisgoodnews yang mana video itu menunjukkan peta baru ini tidak mempunyai daun. Memandangkan musim sejuk akan hadir, peminat semua teruja dengan PUBG Vikendi yang mempunyai permukaan bersalji.

Kalau ini masih tak cukup bukti, PUBG PS4 menunjukkan deskripsi Vikendi event pass di PS4 yang mengatakan peta ini mungkin akan dilancarkan bersama PUBG PS4 pada 7 Disember.

Sumber: Timesnownews

RELATED NEWS

+