PUBG: Peta Vikendi Kini Dilancarkan Untuk Versi PS4 & Xbox One

Selepas PUBG Mobile dan PC, kini tiba giliran PUBG PS4 & Xbox One untuk menerima peta dingin Vikendi.

Peta Vikendi merupakan peta keempat berukuran 6x6km iaitu bermakna peta ini lebih kecil berbanding Erangel dan Miramar tetapi lebih besar dari Sanhok.

Vikendi versi konsol juga akan didatangkan dengan kehadiran snowmobile untuk terokai permukaan salji. Pembangun, PUBG Corp. turut memasukkan dua senjata baru iaitu Skorpion dan G36C muncul khas di Vikendi.

Terdapat juga kehadiran misi tambahan tersedia dalam Vikendi Survivor Pass. Melalui pas ini, korang diberikan pelbagai jenis cabaran yang harus diselesaikan dalam masa 10 minggu. Setiap cabaran yang dilakukan akan menaikkan level pas berkenaan yang memberikan barangan kosmetik dan ganjaran lain.

Peta Vikendi ini penuh dengan cabaran tersendiri seperti meninggalkan kesan tapak kaki dan kenderaan lebih lama di atas permukaan salji. Untuk pengetahuan lebih tentang peningkatan apa yang diterapkan dalam PUBG PS4 & Xbox One, korang boleh lihat nota patch penuh di laman rasmi PUBG.

Korang boleh download peta Vikendi dan upgrade lain di PS4 (saiz fail 7GB) & Xbox One (saiz fail 20GB) sekarang.

Ikuti kami di Facebook dan YouTube untuk kandungan gaming dan esports semasa!

Sumber: Gamespot

 

RELATED NEWS

+