khabar angin yang korang dengar tentang PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) di PS4 adalah benar!"> khabar angin yang korang dengar tentang PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) di PS4 adalah benar!" /> khabar angin yang korang dengar tentang PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) di PS4 adalah benar!" />

PUBG Rasmi Dilancarkan Di PS4 Pada 7 Disember, Dapatkan In-Game Item Dari Uncharted & The Last of Us

Nampaknya segala khabar angin yang korang dengar tentang PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) di PS4 adalah benar!

Hari ini, Sony dan PUBG Corporation mengumumkan game battle royale ini bakal tiba di PS4 tidak lama lagi. PUBG akan dilancarkan pada 7 Disember 2018 bersama-sama tiga peta popular Erangel, Miramar, dan Sanhok serta peta bertemakan salji iaitu Vikendi yang akan hadir pada musim sejuk (hujung tahun ini).

Pre-order untuk PUBG di PS4 juga sudah dibuka memandangkan kurang dari sebulan sebelum dilancarkan. Untuk menarik perhatian pemain, PUBG bekerjasama dengan Sony untuk membawakan bonus ‘digital skin’ menampilkan Nathan Drake versi Uncharted 3, beg Ellie dari The Last of Us, PUBG Avatar dan juga tema dinamik PS4.

Nathan Drake memakai ‘Desert Outfit’ dalam Uncharted 3

Beg Ellie dari The Last of Us

Untuk pasaran Malaysia, PlayStation Store dedahkan tempahan tiga edisi berbeza iaitu Challenger’s Edition yang memberikan game asal pada harga RM111, Survivor’s Edition yang menyertakan 2,300 G-Coin, 20,000 Battle Point, Survival Pass pada harga RM185 manakala Champion’s Edition memberikan 6,000 G-Coin lebih lumayan dengan harga RM223.

Kenapa PUBG ambil masa lama sangat untuk tiba di PS4? Sejak diumumkan tahun lepas, PUBG dilancarkan dalam bentuk Early Access kira-kira setahun lalu di PC dan Microsoft membeli hak eksklusif game ini untuk Xbox One. Lebih-lebih lagi, Sony tidak mempunyai program membolehkan game separa siap (atau dalam Early Access) untuk dimainkan di PS4. 

Siapa yang tak sabar-sabar nak winner winner chicken dinner di PS4? Tunggu sehingga 7 Disember 2018 nanti!

RELATED NEWS

+