PUBG Studio umumkan PUBG: New State untuk iOS dan Android

Krafton Inc. dan PUBG Studio telah mengumumkan sebuah permainan baharu bertajuk PUBG: New State. Sama seperti PUBG Mobile, ia merupakan sebuah permainan mudah alih battle royale.

Menurut Krafton, New State akan mempunyai kualiti grafik ultra-realistik yang melangkaui kuasa peranti mudah alih generasi kini. Peta-peta dalam permainan ini bersaiz 8×8 km, sama seperti peta Erangel dan Miramar dalam PUBG Mobile.

Trailer di atas menunjukkan permainan ini berlansgung pada tahun 2051. Kelihatan kenderaan-kenderaan futuristik dan juga dron yang menghantar kotak kepada pemain. Jelas sekali persekitaran New State lebih moden berbanding permainan PUBG lain.

Pada waktu ini, Krafton masih belum mengumumkan tarikh pelancaran permainan ini. Anda boleh pra-daftar di Google Play Store untuk mendapatkan berita terkini tentang PUBG: New State. Pra-pendaftaran di Apple App Store akan dibuka pada masa terdekat.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+