PUBG: Video Baru Tunjuk Survivor Pertama Menang Winner Winner Chicken Dinner Di Erangel

Setelah dua tahun PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dilancarkan, peta Erangel akhirnya dipertingkatkan dengan visual lebih padu. Apa yang lebih menarik adalah PUBG kini selitkan sejarah atau cerita di sebalik 100 orang turun padang dalam satu masa untuk mendapat gelaran winner winner chicken dinner

Sebelum ini, game battle royale popular ini tidak pernah memasukkan elemen penceritaan langsung. Trailer di bawah menunjukkan kisah seorang budak lelaki yang merupakan satu-satunya orang terselamat di Erangel ketika zaman konflik yang kami pun tidak pasti apa puncanya. Kini, budak itu membesar dengan satu dendam kesumat…. iaitu mengadakan permainan battle royale besar-besaran di Erangel? 

Sebaik selepas menonton trailer ini, terlalu banyak persoalan bermain di fikiran kami. Siapa budak itu? Apa yang telah terjadi kepada Erangel? Kenapa 100 orang berperang sesama sendiri untuk ayam panggang? Ada orang terselamat lagi ke peta-peta lain? 

Apa-apa pun, Erangel adalah satu aspek besar dalam Season 4 yang mana visual peta berubah menyeluruh seperti mercu tanda bangunan, persekitaran hutan dan lain-lain. 

Military Base

Penambahan tembok di kawasan pantai

Season 4 juga menandakan permulaan Survivor Pass 4: AFTERMATH yang akan menonjolkan sejarah Erangel melalui barangan-barangan tersebar di seluruh pulau. Korang boleh bekerjasama melalui cooperative mission system untuk menyiapkan misi dan level up pass korang serta kumpul lebih daripada 100 ganjaran.

Kalau PUBG acah-acah memperkenalkan jalan cerita, PUBG Mobile baru sahaja memperkenalkan Royale Pass Season 8 yang mana korang perlu menyiapkan senarai tugasan untuk dapat senjata, skin dan banyak lagi ganjaran baru.

Semua peningkatan ini termasuk dalam update 4.1 yang kini berada dalam Test Server di PC. Season 4 bakal dilancarkan secara rasmi pada 23 Julai di PC manakala bakal hadir di konsol PS4 dan Xbox One dalam jangka masa terdekat. Untuk tahu apa lagi perkara baru dalam PUBG Season 4, korang boleh saksikan mesej khas daripada penerbit ekskutif PUBG Corp, TS Jang.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+