Pusingan Akhir FIFA Online 3 National Championship Musim 7 – Meet Team EIAxiBuncet

Pusingan Akhir bagi Kejohanan FIFA Online 3 National Championship musim ketujuh akan bermula tak lama lagi iaitu pada 11, 12 dan 13 November ini! Kali ini ia akan diadakan di Kuantan City Mall, Kuantan dan menghimpunkan empat pasukan yang sudah pun berjaya membuktikan diri mereka untuk layak ke peringkat akhir ini.

  • Kesemua ahli berasal dari kedah
  • Mereka juga bermain bersama di bawah pasukan Velocity bagi Liga Cyber Musim Kedua.
  • Ini penyertaan kedua mereka ke National Championship. Penyertaan pertama adalah pada NCS6 yang mana mereka menduduki tempat ke-9.
  • Kejayaan mendapat kemenangan bersih ke atas Orang.RF Last Minutes seterusnya melayakkan mereka menempah slot ke final.


DARI kiri, Mohd Fauzi Bin Rasyid (MalimDeraman), 32, Mohamad Hanif B. Kabeer (PuppetTheRaymond), 27 (kapten), Muhammad shafiq Azid Aziedi Bin Mohd Shahbudin (iKobe), 24 dan Muhammad Ikram B. Kamarudin (iRinda), 24,

1. Tahniah kerana sudah berjaya ke final! Apa expectation kapten (PuppetThe Raymond) untuk NCS7 kali ini?

Kalah dan menang adalah adat pertandingan. Semua pasukan yang masuk final ini semestinya nak jadi champion termasuklah team kami. Expectation kami untuk final ini adalah berikan persembahan sebaik mungkin.

2. Apa pandangan kapten dengan line up kali ini?

Saya dan tiga rakan yang lain iaitu iKobe, iRinda dan malimderaman berada dalam keadaan yang baik dan kesihatan yang baik jadi .apa yg penting semangat dan disiplin perlu tinggi bagi menghadapi kejohanan kali ini.

3. Grand final sudah tentunya sengit dan mencabar. Apa persediaan atau rutin setiap ahli sebelum menyertai kejohanan ini?

Kami sudah bersedia dengan latihan yang cukup dan kaji kelemahan kami. Nak bagi 100 peratus komitmen masa untuk training sukar sikit kerana kekurangan waktu dan kami juga agak sibuk. Tapi sekurang-kurangnya kami akan mencuri masa selama satu jam setiap hari untuk berlatih.

4. Adakah ibu bapa akan turut beri sokongan untuk kejohanan kali ini?

Mereka tidak dapat hadir tapi mengharapkan kami buat yang sehabis baik. Apa pun kalah menang sudah adat pertandingan tapi dengan sokongan keluarga kami akan buat yang terbaik.

5. Sebagai kapten, kamu rasa peluang untuk menang kali ini mungkin lebih tinggi berbanding sebelum ini?

Saya yakin boleh kerana percaya rakan seperjuangan adalah dari kalangan pemain yang terbaik. Kami juga saling bantu membantu antara satu sama lain. Di antara empat pasukan bertanding dalam final ini, kami adalah underdog tapi akan buktikan itu bukan alasan untuk menyerah kalah terlalu awal.

6. Sebagai kapten, apa cabaran paling sukar yang korang hadapi?

Sebagai kapten, saya akan pastikan kesemua ahli menjaga disiplin dan usaha serta doa. Jadi cabarannya di sini adalah mental yang mana kami perlu melawan pasukan lebih berpengalaman.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Pusingan Akhir FIFA Online 3 National Championship di TV9 pada 5.30PM, 11 November, 2017!

TAGS

RELATED NEWS

+