Pusingan kelayakan MPL MY S10 tidak akan disiarkan secara langsung

Pusingan kelayakan MPL MY musim ke-10 akan bermula pada 7 julai sehingga 9 julai ini. 468 pasukan akan bertanding bagi merebut 2 slot ke dalam peringkat liga MPL MY.

Kini, MPL MY mendedahkan bahawa pusingan kelayakan tidak akan ada siaran langsung untuk para penonton.

Pengumuman itu dibuat di dalam satu hantaran di akaun rasmi Instagram mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Namun begitu, mereka akan sentiasa melaporkan perkembangan terbaru pusingan kelayakan itu dari semasa ke semasa.

Faktor mereka mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan pusingan kelayakan ini adalah kerana masa yang sangat terhad.

Mereka juga ingin berterima kasih kepada peminat yang memahami dan sabar terhadap perkara ini.

Apakah pandangan anda terhadap perkara ini? Siapakah yang bakal menjadi juara pusingan kelayakan kali ini? Pasukan MAB Esports dan juga Geek Fam sudah bersedia untuk beraksi.

Foto: MPL MY

RELATED NEWS

+