PVP Esports Championship Akan Dihoskan Di Singapura – Jom Dapatkan Tiketnya Sekarang!

Sebelum ini kita diumumkan kehadiran The Kuala Lumpur Major, satu kejohanan besar Dota 2 di Malaysia dan Asia Tenggara umumnya.

Tapi bukan setakat itu, Singapura juga akan menganjurkan kejohanan sama iaitu PVP Esports Championship bagi permainan Arena of Valor dan Dota 2 dengan hadiah wang tunai terkumpul USD300,000!

Acara kolaborasi antara Singtel, Razer, Blizzard, Garena dan Mineski ini akan dikendalikan oleh Mineski Events Team dan sudah pun memulakan pusingan kelayakan mereka seperti berikut.

AOV National Qualifier:

Malaysia – 18 Ogos hingga 2 September

Singapura – 26 Ogos hingga 16 September

India – 24 Ogos hingga 26 Ogos

Thailand – 18 Ogos hingga 13 September

Filipina – 18 Ogos hingga 25 Ogos

Dota 2 National Qualifier:

Singapura – 21 Julai hingga 23 September

India – 18 Ogos hingga 19 Ogos

Thailand – 27 Ogos hingga 6 September 

Filipina – 21 Julai hingga 16 September

Australia – 2 September hingga 8 September

Setiap pemenang untuk pusingan kelayakan akan ke acara utama di Singapura untuk mewakili negara mereka dan berentap berdepan skuad Asia yang lain.

Bagi memeriahkan lagi kehangatan acara ini, tiga pasukan profesional untuk setiap e-sukan akan dijemput untuk berlawan di peringkat akhir. Yang bestnya, PSG.LGD dan Team Secret dah pun diumumkan untuk ke acara ini.

Bagi grand final, acara itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Suntec di Singapura pada 5 hingga 7 Oktober ini! Boleh dikatakan acara ini adalah yang terbesar pernah dihoskan di Singapura.

Jadi kalau korang nak datang beramai-ramai, bolehlah usha-usha tiket di LINK ini. Penulis mudahkan korang untuk senarai harganya di bawah.

VIP: SGD 80 – Korang akan dapat beg goodie dengan merchandise premium yang termasuk hoodie, baju T dan Lanyards. Bukan itu aje, korang juga akan dapat Razer L33T punya merchandisecollectibles untuk Dota 2, skin dalam AOV dan pek kad Hearthstone.

Value: SGD 40

Regular: SGD 10

Kalau korang nak info lanjut, boleh layari Facebook mereka ataupun laman web rasmi mereka.

RELATED NEWS

+