Pyschoo pemain ketiga untuk pasukan Sang Raja, RRQ Hoshi

Pyschoo adalah ahli pasukan RRQ Hoshi yang ketiga. Kemasukan beliau di dalam pasukan sudah diumumkan secara rasmi oleh RRQ pada Jumaat yang lalu. Berbeza dengan beberapa pasukan yang lain, RRQ lebih gemar mengumumkan ahli pasukannya satu per satu melalui pautan video di akaun rasmi Youtube mereka.

Sebelum ini Alberttt dan Clay sudah diumumkan menjadi pemain pertama dan kedua. Kedua-dua mereka ini menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang pada musim ketujuh. Clay yang baru diterapkan di dalam pasukan dikatakan antara salah satu midlaner terbaik Indonesia setakat ini.

Penambahan Pyschoo di dalam pasukan pasti akan dapat membantu Clay untuk terus dominan di dalam perlawanan. Selain itu, bekas pemain ONIC Esports ini berharap agar beliau dapat menjulang piala bersama RRQ Hoshi kali ini. 

Penampilan beliau di dalam kejohanan dunia M2 dan MPL Indonesia musim ketujuh tidak berjaya memberikan Pyschoo peluang untuk bergelar juara.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team RRQ (@teamrrq)

R7 adalah pemain keempat diumumkan manakala Liam adalah pemain kelima diumumkan semalam.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team RRQ (@teamrrq)

Kita pasti akan dapat lihat tidak lama lagi skuad penuh pasukan RRQ Hoshi untuk musim kelapan. Ia pasti sangat menarik untuk menantikan kemunculan ahli pasukan yang lain. 

Jangan lupa topup Diamonds di link ini.

RELATED NEWS

+