Quake Remaster didedahkan secara rasmi, kini di PC dan konsol

Sebuah remaster bagi Quake kini tiba di PC, PS4, Xbox One dan Nintendo Switch hari ini. Ia juga dilancarkan di dalam Xbox Game Pass, dan akan menerima versi yang ditambah baik pada PS5 dan Xbox Series X/S “kelak”, sebagai kemaskini percuma. 

Ia juga tiba dengan pengembangan baru, yang dibangun oleh MachineGames.

Selepas diumum di QuakeCon, permainan FPS klasis ini juga tersedia dengan resolusi 4K dengan penambahbaikan pada model, pencahayaan, anti-aliasing, depth-of-field dan runut bunyi original serta lagu tema yang dihasilkan oleh Trent Reznor. 

Kemas kini adalah percuma bagi sesiapa yang sudah miliki Quake pada Steam atau Bethesda.net.

Kempen ini boleh dimainkan sepenuhnya dalam kerjasama 4 pemain (atas talian atau lokal, dengan skrin berpecah) dengan sokongan silang platform.

Manakala untuk berbilang pemain, kombat arena klasik Quake akan tersedia untuk lapan pemain atau empat pemain secara lokal dan termasuk, “sokongan server khusus untuk matchmaking atas talian dan sokongan rakan sebaya untuk perlawanan khusus.”

Quake Remastered tiba dengan dengan pengembangan original iaitu, The Scourge of Armagon dan Dissolution of Eternity, termasuk juga pengembangan ulangtahun MachineGames ke-20, Dimension of the Past. Bahkan, ia juga tiba dengan pengembangan baru iaitu Dimension of the Machine.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI. 

RELATED NEWS

+