Ragnarok Origin sudah memulakan pra pendaftaran untuk versi Global

Ragnarok adalah salah sebuah francais permainan video di platform PC yang sangat popular di tahun 2000. Dicipta oleh Gravity, sebuah syarikat dari Korea.

Permainan video ini berkonsepkan genre MMORPG (Massive Multiplayer Online Role Playing Games) yang memerlukan pemain untuk melengkapkan misi serta memperkuatkan karakter mereka. Genre ini sesuai dimainkan bersama rakan-rakan berdasarkan konsep Party.

Gravity tidak terkecuali untuk melancarkan permainan mereka menerusi platform peranti mudah alih yang kian meningkat popularitinya di serata dunia. Antara permainan video mereka lancarkan ialah Ragnarok M: Eternal Love dan Ragnarok X: Next Generation.

Kedua-dua permainan video itu mendapat sambutan hangat di dalam komuniti Android dan Apple, ia berjaya berada di kedudukan teratas carta Appstore dan Google Playstore.

Terkini, mereka melancarkan sebuah lagi permainan video iaitu Ragnarok Origin, terkenal sewaktu pelancarannya di Korea, permainan video ini hampir menyerupai Ragnarok Online yang dilancarkan pada tahun 2002.

Mempunyai sistem questing, cards, party dan juga MVP, Ragnarok Origin juga mempunyai grafik yang cantik untuk dimainkan bersama rakan-rakan.

Antaramuka permainan itu sangat mudah difahami dan menawarkan banyak karakter yang boleh dimainkan seperti Swordman, Mage, Acolyte dan Thief. 

Pendaftaran awal sudah dimulakan di laman web rasmi mereka, namun masih belum dipastikan tarikh untuk pelancaran di negara-negara Asia Tenggara setakat ini.

RELATED NEWS

+