"> " /> " />

Raikan Acer Day dengan pelbagai ganjaran menarik, rakam video 30 saat untuk menang hadiah!

Sambutan tahunan Acer Day kembali pada tahun ini, menyediakan pelbagai ganjaran menarik, promosi, hadiah bertemakan “Live Your World” bagi mengajak orang ramai melakukan yang terbaik walau apa jua situasi mereka.

Acer akan berkolaborasi dengan enam rantau untuk menghasilkan lagu tema ‘Live Your World’.

Mewakili Malaysia kali ini Aina Abdul yang menyanyi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Lima lagi penyanyi bersama Aina ialah Earth Patravee dari Thailand, Gabriel Prince dari Indonesia, GBOYSWAG dari Taiwan, Sarah Geronimo dari Filipina dan VP BÁ VƯƠNG dari Vietnam.

Jangan lupa saksikan beberapa siri persembahan dan aktiviti secara langsung pada jam 8 malam, 7 Ogos ini di Acer Malaysia Facebook.

Cabaran LiveYourWorldWithAcer dan Promosi Acer Day

Tidak lupa juga untuk anda yang mempelajari kemahiran baharu seperti menyanyi dan menari.

Jadi Acer Day juga mengajak rakyat Malaysia untuk ‘Live Your World’ dengan tawaran hadiah bernilai RM10,000 untu demenangi dalam cabaran #LiveYourWorldWithAcer.

Bermula 7 Ogos sehingga 30 September, peserta boleh merakam video 30 saat untuk menunjukkan kreativiti mereka sebagai seorang penghibur (Be An Entertainer), memberi inspirasi gaya hidup sihat (Inspire Healthy Lifestyle) dan juga serlahkan bakat artis terpendam anda (Unleash Your Inner Artis).

Hadiah yang boleh dimenangi termasuk Acer Aspire 5 dan Acer Swift 3, masing-masing bernilai RM3,899 dan RM3,499 untuk tempat pertama dan kedua.

Acer Aspire 5

Acer Aspire 5 A515-54 Specs, Reviews & Prices | Techlitic.com

Acer Swift 3

Manakala para pemenang setiap dua minggu juga akan membawa pulang kredit Touch ‘n Go bernilai RM200, Tikar Yoga Acer Day atau T-Shirt Acer Day.

Acer 7.7 Results.jpg

Selain itu, terdapat promosi lain sempena Acer Day x Shopee Mall Super Brand Day:

 

ACER SWIFT 3

Komputer riba Swift 3 yang ringan dan ditipis ditambah baik dengan skrin yang lebih besar.

Berbanding dengan varian 14 inci, Acer mengekalkan ketinggian pada 14.9mm dan penambahan berat hanya sebanyak 500 gram, menjadikan beratnya hanya 1.7kg untuk komputer riba 16 inci dengan paparan mengagumkan dengan gamut warna 100% sRGB.

Diperkasakan oleh pemproses 11th Gen Intel Core i7-11370H, SSD 512GB PCIe NVMe dan RAM sehingga 16GB. Acer Swift 3 mempunyai kuasa prestasi yang jitu untuk mengendalikan beberapa perisian dalam satu masa, selain hiburan keluarga.

Acer Swift 3 16 inci hadir dengan dua varian i7 dan i5. Masing-masing berharga RM4,599 dan RM3,699.

ACER SWIFT 1

Komputer riba mampu milik yang ringan dan tipis, Acer 1 ditambah baik dengan Intel Pentium Silver N6000 pemproses terbaharu dan diiringi dengan RAM 4GB dan SSD 256GB yang pantas mampu untuk mengendalikan sidang maya dan untuk anak-anak melakukan kerja rumah, selain tujuan hiburan dengan masa loading yang minima.

Kedua-dua komputer riba ini hadir dengan Microsoft Office Home & Student 2019 dan boleh didapati di dalam talian rasmi Acer serta semua penjual bertauliah bermula 3 Ogos ini. Acer Swift 1 berharga RM2,099.

Semasa Acer Day X Shopee Superbrand Day, Acer Swift 3 akan dibundle dengan Gateway Pro Wireless Headset yang bernilai RM239. Selain itu, Acer Swift 1 pula akan ditawarkan potongan harga sebanyak RM10 dan percuma Acer E300 Trueharmony Earphones bernilai RM199.

AOpen PV12

Projektor bersaiz tapak tangan, AOpen PV12 yang kini dilengkapi bateri dan rekaan collapsible stand yang membolehkan ia digunakan bila-bila masa, di mana jua.

Jangka hayat sehingga 5 jam membolehkan ia dibawa ke aktiviti perkelahan dan riadah tanpa perlu mencari plug elektrik. Projektor ini juga berfungsi sebagai power bank untuk peranti mudah alih ketika saat genting.

Sempena Acer Day X Shopee Superbrand Day, AOpen PV12 akan dijual dalam jumlah yang terhad pada RM909 di bawah shocking sales manakala pembelian dengan harga runcit akan diberikan dengan fon kepala nirwayar Gateway Pro bernilai RM239.

Beberapa tawaran diskaun juga akan didapati sehingga 60% atau RM500 dengan tambahan baucar sehingga RM200 dan baucar kredit kad untuk pelanggan yang mecari produk baharu.

Butiran mengenai tempoh promosi dan kedai yang turut serta adalah seperti berikut:

Tempoh Promosi Kedai Dalam Talian Rasmi Acer di Shopee Pautan
3-4 Ogos 2021 Acer Official Store https://shopee.com.my/acer_os_my
3-4 Ogos 2021 Acer Certified Store – Just IT https://shopee.com.my/acer.os.justit
3-4 Ogos 2021 Acer Certified Store – NBP https://shopee.com.my/acer.os.nbp
3-4 Ogos 2021 Acer Certified Store – Viewnet https://shopee.com.my/acer.os.viewnet
3-4 Ogos 2021 Acer Certified Store – Clicknet https://shopee.com.my/acer.os.clicknet

 

RELATED NEWS

+