Raikan hari kemuncak Hari Booyah Free Fire 20 November ini!

Garena Free Fire kali ni mengajak para peminat dan pemain permainan itu meraikan hari kemuncak Free Fire’s Booyah pada 20 November ini!

Booyah adalah simbol kemenangan oleh para Survivor di dalam permainan Free Fire. Sambutan Hari Booyah pula adalah sambutan bagi meraikan pencapaian para Survivor bermula 16 hingga 20 November ini.

Dengan tagline “Jump Into The Imposible”, Free Fire menayangkan sebuah filem pendek dengan sentuhan magis efek visual oleh Sofyank96 yang terjun ke dunia Free Fire dengan kapal terbang kertasnya untuk memburu Booyah bersama rakannya.

Filem pendek itu akan ditayang bermula 16 November dan boleh disaksikan di saluran YouTube dan Facebook Free Fire. 

Pada hari kemuncak Hari Booyah, Free Fire Malaysia akan menjayakan semula sebuah parti virtual yang akan menampilkan para DJ terkenal dunia seperti Alok, DVLM dan KSHMR.

Parti ini akan disiarkan di saluran rasmi Free Fire Malaysia pada 20 November jam 12.00 pm!

Sempena sambutan Hari Booyah juga, Free Fire akan memperkenalkan karakter ikonik mereka, Leon. Selain itu, Free Fire juga akan menyediakan pelbagai misi,  ganjaran log masuk dalam permainan dan acara di laman web untuk para pemain dan peminat.

Leon boleh didapatkan secara log masuk pada hari kemuncak Hari Booyah pada 20 November ini. 

RELATED NEWS

+