Raikan Riot X Arcane bersama Progress Day

Dengan tayangan perdana siri animasi League of Legends, Arcane di Netflix, Riot kini membawa acara Riot X Arcane ke fasa baru. 

Mereka mengumumkan Progress Day yang berasaskan Arcane. Progress Day adalah hari liburan buat penduduk Piltover untuk mereka meraikan inovasi terknologikal. 

Progress Day ini akan berlangsung di antara Act 1 dan Act 2 siri Arcane iaitu 7 hingga 11 November dengan pelbagai kandungan dalam permainan akan dilancarkan buat pemain. 

Kandungan baru bertemakan Arcane ini akan tiba buat pemain bermula 7 November ini:

League of Legends: Wild Rift

  • skin Jinx dan Vi bertemakan Arcane tersedia melalui ganjaran log masuk harian
  • Acara dalam permainan Arcane Experience
  • Jayce dan Caitlyn melaluiu acara Hextech Heist
  • Minggu bertema dalam Guild vs Guild termasuk Jinx vs Vi

Legends of Runeterra

  • sebuah mod PvE kekal dan sebuah kempen rogurelike 
  • Champion baharu – Jayce
  • kad sokongan bertemakan Piltover dan Zaun
  • Pas Acara The Path of Champion – 35 ganjaran termasuk Guard dan Emote baharu
  • Papan berasaskan Bumbung-Bumbung Piltover
  • Skin Champion baharu
  • Bundle Deck Champion Jayce
  • Guardian Hextech

League of Legends

  • pemain akan memperolehi Arcane Jayce selepas memenangi satu atau bermain tiga permainan League bermula minggu ini.

Selain itu, pemain juga boleh ke hab Acara RiotX Arcane untuk menebus ganjaran menarik sehingga 30 November:

  • Wild Rift: 100 Poro Coins
  • Legends of Runeterra: Kad Champion Jayce
  • VALORANT: Poro Gun Buddy Eksklusif
  • League of Legends: Arcane Capsule, Arcane Icon
  • Teamfight Tactics: Telur Little Legends Gizmo & Gadgets

Bahkan, pada 10 November ini Riot Games juga akan menggunakan geran komuniti untuk menyumbang sebanyak $10,000 (RM41,500) kepada 30 organisasi yang dipilih oleh pemain di seluruh permainan Riot di seluruh dunia. 

Nantikan pelbagai kandungan menarik yang menanti anda sempena Arcane. Arcane Act 1 kini sudah ditayangkan di Netflix. Tiga episod Arcane Act 2 akan tiba pada 14 November ini.

RELATED NEWS

+