Rainbow Six Mobile diumumkan Ubisoft

Ubisoft akhirnya akan membawa permainan video menembak taktikal Tom Clancy’s Rainbow Six Siege ke pelantar mudah alih.

Digelar Rainbow Six Mobile, Ubisoft mengesyorkan permainan ini adalah sama seperti Rainbow Six Siege yang semua orang tahu dan suka.

Anda akan menggunakan Operators yang mempunyai skills dan kelebihan masing-masing.

“Kami membangunkan semula permainan ini dari awal untuk mudah alih.”

Terdapat juga beberapa kawalan baru yang sesuai dengan peranti mudah alih termasuklah perubahan UI dan persembahan visual permainan.

Ubisoft juga ada memberitahu mereka mahu menjadikan Rainbow Six Mobile sebagai satu permainan yang mudah untuk anda bermain di mana-mana sahaja jika anda tidak dapat bermain versi PC dan konsol.

Rainbow Six Mobile juga akan percuma untuk semua dan Operators boleh didapatkan atau dibeli. Malah, pengenalan

Setakat ini 10 Operators sudah disahkan iaitu Ash, Sledge, Twitch, Thermite, Hibana, Caveira, Bandit, Smoke, Valkyrie, dan Mute.

Adakah ini kebangkitan permainan video menembak di pelantar mudah alih?

RELATED NEWS

+