Ramai memuji penguasaan Bahasa Melayu Sunfrost di MPL MY S10

Penguasaan Bahasa Melayu Syed Fitri Abharshah atau Sunfrost nampaknya mendapat perhatian komuniti Mobile Legends terutamanya mereka yang aktif mengikuti perkembangan liga permainan itu (MPL MY S10) yang sudah memasuki minggu terakhir.

Di FB Group MPL MY Official, beberapa posting menyatakan jejaka berusia 19 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang pengulasan dan penguasaan Bahasa Melayu yang baik.

Sunfrost dikenali dengan gaya penyampaian yang menitikberatkan penggunaan kosa kata yang luas, pantun dan ulasan bertenaga.

Malah, dia juga diberi kepercayaan untuk membuat ‘hypecast’ di samping pengulas senior lain. Ramai lagi pengulas berbakat muda seperti Mars, Farizah, Shamilo dan lain-lain yang sedang menempa nama di pentas MPL MY.

Pengulas sememangnya penting dalam e-sukan kerana pengulasan mereka menghidupkan lagi suasana yang dipenuhi penonton di lokasi dan butiran-butiran dalam perlawanan yang mungkin kita terlepas pandang, dapat diterangkan semula oleh mereka.

Foto: Instagram | @sunfrosttt

RELATED NEWS

+