PlayStation Plus untuk bulan Julai 2019 yang mana boleh dimuat turun bermula pada 3 Julai sehingga 6 Ogos."> PlayStation Plus untuk bulan Julai 2019 yang mana boleh dimuat turun bermula pada 3 Julai sehingga 6 Ogos." /> PlayStation Plus untuk bulan Julai 2019 yang mana boleh dimuat turun bermula pada 3 Julai sehingga 6 Ogos." />

Ramai Tak Puas Hati Detroit: Become Human Ganti PES 2019 Untuk Game Percuma PlayStation Plus Julai 2019

Tanpa aral melintang, PlayStation Asia mengumumkan satu perubahan besar dalam senarai game percuma PlayStation Plus untuk bulan Julai 2019 yang mana boleh dimuat turun bermula pada 3 Julai sehingga 6 Ogos.

Dalam satu kenyataan, Pro Evolution Soccer 2019 (PES 2019) bakal digantikan oleh Detroit: Become Human iaitu sebuah game dibangunkan oleh Quantic Dream yang dilancarkan pada tahun lepas. 

Bukan itu sahaja, edisi Digital Deluxe Edition ini disertakan dengan lagi satu game percuma iaitu Heavy Rain. Dulu, Heavy Rain pernah diberikan secara percuma untuk pelanggan PlayStation Plus pada Mac 2018Untuk koleksi game percuma pada bulan Julai 2019 pula, pelanggan bakal menerima Detroit: Become Human, Heavy Rain dan Aegis Defenders secara percuma.

PlayStation tidak memberikan apa-apa sebab tentang penukaran game secara drastik ini dan ia sangatlah jarang melihat mereka mengubah senarai game percuma ini. 

Penggantian game secara tiba-tiba ini menimbulkan pelbagai reaksi bercampur baur dengan kegembiraan dan kesedihan di ruang komen Facebook PlayStation Asia.

Ini adalah kerana kedua-dua game ini mempunyai tarikan berbeza seperti PES 2019 adalah game yang disukai oleh peminat bola sepak manakala Detroit: Become Human sesuai kepada mereka yang meminati game naratif.

Korang rasa teruja atau kecewa untuk tawaran game percuma PlayStation Plus pada bulan ini? Kongsikan bersama kami.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+