Rasa stress sebab PKP? Jom tenangkan diri main 6 game ini

Kadang-kadang kita cuma perlukan ketenangan dan relaks semasa bermain permainan video.

Untuk lari dari masa bekerja yang selalunya membawa tekanan kepada diri sendiri.

Ramai gamers akan rasa penat apabila hanya bermain permainan video yang penuh aksi tanpa masa untuk berehat.

Dengan lagu yang tenang, melodi yang mengasyikkan dapat juga membantu kita untuk lebih relaks sambil bermain game.

 

1. Stardew Valley (2016)

Setiap kali main game ni pasti ada ketenangan dengan lagu 16-bit countryside town dan pelbagai aktiviti boleh dibuat seperti bercucuk tanam, memancing, berlawan raksasa, melombong dan banyak lagi.

Apa yang penting Stardew Valley sekarang boleh dimain secara multiplayer.

Stardew Valley juga mempunyai cerita yang mudah tapi memuaskan untuk semua orang. Boleh cuba permainan ini dan bantu rakan-rakan residen di Bandar Pelican. Walaupun sudah lama tetapi Stardew Valley masih mengeluarkan pelbagai DLC baru untuk dimain bersama.

2. Everything (2017)

Everything permainan video yang membenarkan anda untuk menjadi apa sahaja yang anda hendak jadi.

Dari menjadi pokok, kepada seekor lipas, makanan seperti pizza dan biskut malah menjadi kereta,tong sampah dan bangunan besar.

Permainan ini anda hanya perlu mendengar muzik indah dan menjadi apa sahaja yang ada hendak jadi dalam permainan ini.

Anda akan sentiasa bergerak untuk mengumpul semua jenis benda yang wujud di dalam dunia Everything.

3. Katamari Damacy Reroll (2018)

Dalam permainan video ini anda cuma ada satu benda untuk dibuat. Gulungkan segalanya benda yang wujud menjadi dari bola kecil ke bola besar.

Dari permulaan kecil seperti di dalam rumah sehingga sebesar laut, bandar dan malah seluruh planet itu sendiri anda akan menggulung segalanya.

Musik dalam Katamari Damacy sentiasa membuatkan anda tersenyum dan gembira. Permainan yang nampak mudah tapi lama kelamaan memerlukan anda untuk lebih melihat sekeliling semata-mata untuk mendapatkan semua.

4. Monument Valley 2 (2017)

Monument Valley 2 permainan dua dimensi yang penuh dengan teka-teki seperti berjalan terbalik.

Teka-teki di dalam Monument Valley 2 lama kelamaan akan membantu anda jika anda gagal dalam menyelesaikannya.

Setiap teka-teki akan menyelesaikan teka-teki seterusnya. Tidak seperti Monument Valley 1 yang hanya mempunyai seorang puteri, sebaliknya Ro bersama anaknya perempuannya untuk membantu dalam teka-teki dunia Monument Valley 2.

5. Slime Rancher (2016)

Teringin nak jaga ladang sambil membela slime comel yang pelbagai jenis? Boleh cuma Slime Rancher.

Permainan video ini dibina oleh Monomi Park. Dengan senjata seakan vakum anda perlu mencari semua jenis slime yang ada untuk menaik taraf lagi ladang anda untuk membela lebih banyak slime.

Setiap slime mempunyai personaliti masing-masing dan setiap cara jagaan adalah berbeza mengikut jenis.

6. JOURNEY (2019)

JOURNEY menceritakan perjalanan yang penuh magis dan menambat hati.

Anda boleh meluncur dan mengembara ke serata dunia JOURNEY. Dengan musik yang beremosi, pengalaman bermain dengan pemandangan cantik di dalam game akan membuat anda berhenti sebentar untuk melihat dunia Journey untuk menempuh bahaya yang akan datang di dalam JOURNEY.

Dengan keadaan pandemik sekarang, anda boleh mencuba semua permainan video dengan hati yang lebih tenang dan relaks untuk mengurangkan stress.

RELATED NEWS

+