Rasai pengalaman kerasukan dengan game seram Singapura, Noosphere

Kuasa merasuk ialah perkara yang paling ditakuti mengenai hantu. Tubuh dikawal orang lain adalah satu mimpi ngeri seseorang.

Permainan terbaru daripada Koex Studio, Noosphere, sebuah permainan first-person yang menawarkan pengalaman seram cukup untuk mengganggu minda pemain.

Pembangun solo Singapura itu sebelum menghasilkan permainan There Is No Tomorrow yang cukup untuk mempamerkan kebolehan mereka. 

Pengembaraan di Noosphere bermula dengan Vincent Martin, karakter utama yang terselamat selepas terlibat dalam sebuah kemalangan dan mengetahui wujud hantu yang hidup di dalam tubuhnya.

Dengan menggunakan alat Noosphere, Vincent terjun ke dalam minda separa sedarnya, menjelajah di dalam mindanya dan berdepan dengan entiti hantu itu.

Permainan ini kedengaran seperti diinspirasi daripada Inception atau Eternal Sunshine of the Spotless Mind dengan sedikit kisah seram.

Jika anda berminat dengan Noosphere, ia kini boleh didapatkan di Steam dengan 10 peratus diskaun hingga 31 Julai ini. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+