Bajet 2023 tahun hadapan sudah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Seperti diumumkan, bajet e-sukan untuk tahun hadapan dikurangkan ke RM13 juta dari RM15 juta tahun lepas.
Satu tamparan hebat kepada industri e-sukan negara.
Mungkin ini juga berkaitan dengan masalah ekonomi dunia yang bakal melanda seluruh dunia tahun hadapan.
Kerajaan masih cuba untuk meneruskan bantuan dana kepada industri e-sukan negara.
Tahun lepas, pemain e-sukan negara dijadualkan untuk mendapat pengecualian cukai untuk pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan bagi kejohanan e-sukan yang layak.
Selamat maju jaya kepada industri e-sukan negara. Majulah e-sukan untuk negara.