[RASMI] Branz keluar Bigetron Alpha

Pemegang role jungler terkenal dari Indonesia iaitu Branz memiliki kemahiran mekanikal yang hebat dan agresif. 

Beliau berjaya membawa pasukan BTR untuk menjadi naib juara MPL ID musim ketujuh. Hanya tewas di tangan EVOS Legends ketika itu.

Selepas beberapa tahun beliau menyertai Bigetron Alpha, kini BTR mengucapkan selamat tinggal kepada Branz dan berterima kasih di atas jasa beliau selama bermain di dalam pasukan.

Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah perkongsian di Instagram rasmi Bigetron Esports. Kemanakah hala tuju Branz selepas ini? Kita bakal saksikan.

Sumber: Bigetron Esports

RELATED NEWS

+