[RASMI] Ciku kini kembali ke MPL MY S9

Pasukan Todak mengacah tentang kehadiran Ciku ke dalam pasukan semalam dengan memberi teka teki di dalam satu perkongsian video di laman Instagram rasmi mereka.

Kini, Ciku sah kembali ke dalam pasukan Todak. Sebelum ini organisasi itu mengumumkan Ciku akan rehat buat sementara untuk musim ini.

Kehadirannya di dalam pasukan amat dinantikan oleh ramai peminat Todak di atas faktor kemahiran mekanikal bermain sebagai jungler.

Adakah Ciku akan diturunkan pada minggu ini dalam perlawanan menentang pasukan RSG MY nanti? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+