[RASMI] EVOS Esports umum pasukan Mobile Legends Malaysia, Suhaz EVOS

Selepas ura-ura dan teka teki menyelubungi pasukan Ezzy Esports (sekarang dikenali sebagai Suhaz Esports) akan menyertai EVOS Malaysia, hari ini persoalan itu terjawab.

EVOS Esports sebentar tadi mengumumkan kolaborasi bersama Team Suhaz untuk mengukuhkan lagi pengaruh mereka dalam arena e-sukan di Malaysia. Pasukan dibentuk Team Suhaz kini dijenamakan sebagai Suhaz EVOS.

Sebelum ini, bagi divisi MLBB, EVOS hanya mempunyai EVOS SG yang juga sudah pun beberapa kali menyertai liga profesional (MPL) Malaysia dan Singapura dan baru-baru ini di M2.

Suhaz pula sudah berjaya memenangi kejohanan Malaysia Esports Championship (MEC) 2020/2021 dan beberapa kejohanan lain.

Nama penuh ahli Suhaz EVOS:

1. Muhammad Redzuwan Bin Rosli (Hyhy)
2. Muhammad Hazim Bin Zulkifli (D Ace)
3. Muhammad Azri Bin Jamaludin (Aj)
4. Hadiazwan Bin Rosli (Box)
5. Danial Arif Bin Mohd Judin (Eavy)
6. Muhamad Fadhil Bin Hishamuddin (Padel) – Pengurus

“Kami teruja untuk memasuki arena Mobile Legends: Bang Bang di Malaysia, satu ‘permintaan’ dari #EVOSFAMS di Malaysia selama ini. Kami yakin kolaborasi bersama Suhaz EVOS akan menjadi satu titik permulaan baru yang menarik disaksikan peminat MLBB di Malaysia kerana mereka sudah menang banyak kejohanan. 

“Kami bersedia untuk MPL MY musim ketujuh akan datang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama EVOS Esports, Ivan Yeo.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+