[RASMI] Kejohanan dunia Mobile Legends, M3 akan berlangsung Disember

Kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang, M3 dilaporkan akan berlangsung pada akhir tahun ini. Pengumuman itu dikongsi di dalam Youtube rasmi Mobile Legends.

Di dalam video itu, mereka menerangkan tentang roadmap sepanjang tahun 2021 di mana kejohanan dunia, M2 dilangsungkan pada awal Januari lalu serta Piala Asia Tenggara (MSC) 2021 pada bulan Jun lalu.

Meskipun lokasi pertandingan ini belum didedahkan, Moonton berkata mereka akan mengumumkan lokasi kejohanan itu tidak lama lagi. Format permainan juga akan dimainkan secara offline mengikut SOP yang ketat.

Ini bagi memastikan keselamatan para pemain dan krew-krew terjaga disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ini. Sebelum ini, 12 pasukan dari negara berlainan bertanding untuk memenangi kejohanan dunia, M2.

Kini, 16 pasukan akan bertanding di M3. MPL sudah dikembangkan lagi selepas Filipina turut serta menjadi francais MPL. Selain itu, MPL Kemboja dan Brazil juga diperkenalkan, tidak lupa juga pada pesaing dari negara timur tengah melalui Arabia Major.

Moonton tidak lagi fokus kepada negara Asia Tenggara sahaja, sebaliknya mereka cuba memperluaskan pengaruh ke negara-negara di benua lain. Kejohanan dunia, M3 pasti akan menjadi sangat menarik untuk ditonton.

Mungkin kita akan dapat saksikan barisan pemain serta pasukan baru yang akan menempah slot ke M3 tidak lama lagi. 

RELATED NEWS

+