[RASMI] Kuja menjadi jurulatih pasukan RSG MY

Ajwad Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Kuja adalah salah seorang jurulatih yang veteran dan berkaliber di dalam arena kompetitif Mobile Legends. Dia kini menjadi jurulatih RSG MY.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by RSG Malaysia (@rsg.malaysia)

Sebelum ini, dia membawa Team Caracal memasuki peringkat playoff di MPL MY musim ke-9. Walaupun tidak menjadi juara, namun Team Caracal memberikan cabaran kepada pasukan lain.

Selepas ahli Team Caracal mengumumkan mereka mengambil keputusan untuk keluar dari pasukan itu, kini Kuja berpindah ke RSG MY pula.

Perkara itu diumumkan di dalam sebuah hantaran di akaun rasmi Instagram rasmi mereka. Kemasukan Kuja ke dalam pasukan RSG MY bagi menggantikan Jason pastinya akan memberikan impak yang besar kepada pasukan RSG.

Pengalamannya di dalam bidang kejurulatihan tidak perlu disangkal lagi. Adakah kita akan melihat perkembangan positif untuk pasukan RSG MY di MPL MY musim ke-10? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+