[RASMI] MPL Indonesia musim kelapan akan berlangsung pada 13 Ogos ini!

Baru-baru ini, kita sudah mendapat ura-ura tentang roster lock dan tarikh yang akan berlangsungnya MPL Indonesia musim kelapan.

Kini, MPL Indonesia secara rasminya baru sahaja mengumumkan tarikh kejohanan berprestij untuk musim kelapan yang akan berlangsung pada 13 Ogos ini. Pengumuman itu dibuat melalui posting akaun rasmi Instagram MPL ID.

Kurang dari sebulan dari sekarang, kita bakal menyaksikan lapan pasukan terkuat dari Indonesia akan bertarung untuk merebut gelaran juara serta melayakkan diri ke kejohanan dunia, M3 yang akan berlangsung selepas itu.

Setakat ini, RRQ Hoshi masih menjadi benchmark buat kesemua pasukan MPL ID. Mereka memegang tiga gelaran juara dan mensasarkan kejayaan kali keempat pada musim kali ini. Mereka membawa masuk jaguh handalan dari Genflix Aerowolf iaitu Clay. Beliau adalah seorang midlaner yang hebat dan kebolehannya tidak diragui sama sekali.

Siapakah yang bakal menjadi juara pada musim kali ini? Mampukah pasukan EVOS Legends mempertahankan gelaran mereka pada musim kali ini? Kita bakal saksikan tidak lama lagi.

RELATED NEWS

+