[RASMI] Panda sah masuk Team Haq sebagai goldlaner

Bekas pemain Geek Fam dan Team SMG, Poh Chun Wai atau Panda sah menyertai pasukan Team Haq. Perkara ini diumumkan dalam satu video teaser lineup MPL MY S10.

Panda difahamkan bermain untuk posisi gold laner dan sudah membantu skuad ini di pusingan kelayakan MPL MY S10 tempoh hari.

“Kami sudah melakukan yang terbaik untuk membawa Panda ke dalam pasukan kerana kami percaya dengan kemahiran dan pengalaman yang dia miliki akan melengkapkan pasukan MLBB kami yang akan bersaing dalam peringkat tertinggi.

“Saya juga berharap kualiti pasukan kami juga akan turut meningkat dengan kemasukan Panda ke dalam pasukan,” kata Pengasas Team Haq Esports Club, Aiman Haq dalam satu kenyataan.

Team Haq Esports Club akan bertanding dalam MPL MY musim ke-10 dengan barisan pemain seperti berikut: Minnn, Mannn, Gary, Lolla, Waff serta Panda dan mereka akan terus dibimbing oleh jurulatih Pabz.

RELATED NEWS

+