[RASMI] Pasukan Amerika Utara akan menyertai kejohanan dunia Mobile Legends, M3

Kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang sangat dinantikan oleh para peminat dan pemain permainan peranti mudah alih popular itu.

Sebelum ini, ramai netizen menyatakan permainan ini hanya popular di Asia Tenggara sahaja. Namun begitu, Moonton sudah membuktikan pada kita semua mereka mampu ke peringkat Global.

Selepas mengumumkan kejohanan Arabia Major untuk pemain dari Timur Tengah serta kejohanan Latam untuk pemain dari Amerika Latin, kini pusingan kelayakan untuk Amerika Utara pula akan bermula.

Acara itu akan bermula pada 11 September sehingga 19 September ini dan wang hadiah terkumpul sebanyak AS$6500 (RM27,000). Pendaftaran sudah terbuka kepada pasukan-pasukan dari Amerika dan Kanada. Setakat ini tidak ada had untuk pendaftaran kelayakan.

Selepas melakukan pendaftaran, setiap pasukan harus bersaing di dalam format kalah mati bermula dari September 11 – 12. Pusingan suku akhir, separuh akhir dan grand final akan bermula pada September 18 – 19.

Pusingan di peringkat suku akhir dan separuh akhir ini akan memakai format best of three dan pusingan akhir dengan format best of five

Pemenang akan mewakili Amerika Utara untuk ke kejohanan dunia, M3. Ianya satu peluang yang sangat lumayan untuk pasukan-pasukan dari benua Amerika Utara itu untuk mengambil bahagian mereka dan menjadi wakil.

Kejohanan dunia, M3 menyaksikan 16 pasukan akan bertanding dari seluruh dunia dan akan dilaksanakan di dalam format offline pada bulan Disember ini. Walaubagaimanapun, Moonton tidak mengumumkan lagi format pertandingan serta tempat kejohanan dunia ini dilaksanakan.

RELATED NEWS

+