[RASMI] PMPL SEA akan diadakan di Pavilion Bukit Jalil!

Berita baik buat semua peminat PUBG Mobile di Malaysia!

Menerusi sebuah hantaran Facebook PUBG Mobile, kejohanan PMPL SEA 2022 sah akan diadakan di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre.

Kejohanan itu akan dijalankan selama tiga hari iaitu pada 10 Jun sehingga 12 Jun 2022. Orang ramai boleh membeli tiket dengan harga RM20 sehari atau RM50 untuk kesemua tiga hari.

Namun, pautan untuk anda membeli tiket masih belum tersedia lagi.

Empat pasukan Malaysia akan bertempur di sana bersama-sama 12 pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara untuk merebut gelaran juara.

Semoga berjaya Yoodo Alliance x 4 Rivals, Dingoz Esports, Farang Lejund dan Team Secret!

Foto: Facebook PUBG Mobile

RELATED NEWS

+