[RASMI] Rasy kini bermain untuk Alter Ego

Sebelum ini, tular khabar angin mengatakan Rasy bakal memasuki pasukan Alter Ego selepas Onic Esports menyingkirkan beliau dari pasukan. Kini Rasy sudah rasmi bersama pasukan Alter Ego untuk membuat pembaharuan di MPL Indonesia musim kelapan nanti.

Alter Ego adalah sebuah pasukan yang jarang mengubah roster mereka meskipun tewas awal di sebuah pertandingan. Mana tidaknya, Alter Ego hanya membuat perubahan roster setelah Udil masuk menyertai mereka. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Alter Ego e-Sports (@alteregoesports)

Sekarang, giliran Rasy menjadi pelengkap pasukan ini. Rasy yang terkenal dengan role beliau sebagai tanker handalan dari Indonesia itu mungkin memberikan tanda tanya buat ahli pasukan Leomurphy yang sebelum ini memegang peranan tersebut. 

Leomurphy menunjukkan prestasi yang baik pada musim keenam namun sedikit merudum di saat musim ketujuh. Ia berikutan kekalahan mereka terhadap pasukan BTR di peringkat playoff di MPL Indonesia musim ketujuh.

Selain itu, terdapat juga khabar angin mengatakan Revicii dan Vaanstrong merupakan calon bagi penambahan ahli pasukan Alter Ego. Mereka sudah sempat diuji oleh pasukan tersebut dan hanya tinggal keputusan sama ada mereka berjaya atau tidak.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+