[RASMI] Rebellion Genflix pasukan baru untuk MPL Indonesia musim kelapan

MPL Indonesia musim kelapan akan bermula pada 13 Ogos ini. Seperti musim-musim sebelumnya, 8 pasukan akan bertanding bagi merebut gelaran juara serta slot kemasukan ke kejohanan dunia M3 nanti.

Akan tetapi, musim kali ini mungkin berbeza di mana akan ada 1 pasukan yang baru merebut tempat Genflix Aerowolf. Pasukan Aerowolf kecundang selepas skuad mereka disahkan meninggalkan pasukan itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

Antaranya adalah Bottle yang sudah pergi ke pasukan BTR. Meskipun pemain mereka telah meninggalkan pasukan, Genflix Aerowolf dilhat tidak berbuat apa-apa kemasukan baru seperti ujian kepada pemain baru. 

MPL Indonesia telah mengacah pasukan baru itu dengan membuat satu posting di laman sosial rasmi Instagram mereka. Walaupun logo pasukan baru itu samar-samar, kita boleh pastikan logo tersebut milik pasukan Rebellion Genflix.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Red Bull Rebellion (@rebellionesports.id)

[KEMASKINI] Mereka dengan secara rasminya akan bermain untuk MPL Indonesia musim kelapan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Red Bull Rebellion (@rebellionesports.id)

RELATED NEWS

+