[RASMI] Rex masuk RSG Malaysia

Asyam “Rex” Allam adalah bekas ahli pasukan Team Secret pada masa yang lalu di mana beliau berjaya membawa ahli pasukannya untuk bertanding di kejohanan dunia (PMGC) yang bermula pada 24 November tahun lalu.

Kini beliau menyertai RSG Malaysia.

Meskipun hanya mendapat no. 7 di peringkat final sebelum ini bersama TS, ianya satu pencapaian yang membanggakan buat pasukan tanah air, mereka berhempas pulak untuk merebut tempat teratas bagi mengharumkan nama negara dan membawa hadiah yang lumayan untuk pasukan.

Tidak lupa juga kejayaan beliau di dalam PMPL MYSG musim luruh 2020 peringkat league dan final. Pasukan Team Secret berjaya memberikan saingan hebat dan menjadi juara untuk keseluruhan pertandingan itu. 

Selain itu, Rex pernah ditempatkan di Team Secret Jin setelah tamatnya PMGC. Akan tetapi rezeki beliau di sana tidaklah seperti di negara sendiri, di PMPL Thai musim ke-3, di mana pasukan Team Secret Jin mendapat tempat yang tercorot di anak tangga ke-17. Ini menyebabkan mereka gagal untuk ke peringkat final.

Terkini, Rex sudah pun menemui hala tuju beliau yang seterusnya untuk melebarkan sayapnya ke pasukan RSG Malaysia. Mungkin dengan pemilihan pasukan yang baru ini akan dapat memantapkan lagi prestasi Rex untuk membawa pasukannya menembusi arena antarabangsa nanti.

Para peminat Rex sudah tentu teruja dengan berita yang baru ini dan akan menantikan setiap perlawanan pasukan RSG Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kita sama-sama saksikan.

RELATED NEWS

+