[RASMI] ROG Phone 2 Diumumkan – Snapdragon 855 +, Bateri 6,000 mAh Dan Skrin HDR 120 Hz

Telefon pintar gaming, Asus ROG Phone II kini rasmi diumumkan dan ia lebih berkuasa dan hebat berbanding dulu!

Mengikut laporan dari The Verge, ia menggunakan paparan 1080p OLED berukuran 6.59 inci dengan imbasan cap jari dalam skrin, sokongan 10-bit HDR dan kadar segar semula 120HZ.

Asus juga berkata touch latency peranti ini pada kadar 49ms, paling rendah dalam mana-mana telefon pintar. Korang boleh pilih untuk run stock Android atau ROG UI.

Menguatkuasakan peranti ini adalah cip pemprosesan Snapdragon 855 Plus yang mengutamakan prestasi GPU 15 peratus lebih pantas dan clock speed lebih tinggi untuk CPU. Untuk mengelakkan gangguan prestasi, sistem cooling dilengkapkan kali ini akan menstabilkan kelajuan cip 855 Plus itu. 

Dengan 12GB RAM, ruang storan sehingga 512 GB, peranti ini juga mempunyai kamera yang boleh tahan hebat: 48 megapiksel dan bateri gergasi berkapasiti 6,000mAh yang korang boleh main PUBG Mobile lebih 7 jam apabila skrin ditetapkan pada 60Hz.

Gamepad. Gambar: Engadget

Kali ini juga terdapat beberapa aksesori gaming yang ditambahbaik iaitu dock TwinView dual screen dan kipas AeroActive Cooler di samping gamepad terbaru boleh dipasang dipanggil Kunai yang mungkin menerima inspirasi dari Nintendo Switch dengan dua controller berasingan untuk bahagian sisi peranti.

Setakat ini, harganya belum diumumkan.

Sumber: The Verge

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+