[RASMI] SaSa masuk Team SMG

Team SMG mengumumkan Lu Khai Bean (SaSa) sebagai pemain baharu mereka bagi menghadapi Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kelapan.

Dalam satu video di Instagram, Team SMG turut mengumumkan Deto yang direkrut melalui uji bakat Team SMG MLBB dan XpDEA menerusi program Nescafe Community Cup serta tanker baharu SyF.

Melengkapkan skuad itu adalah Myzer, ZAIMSEMPOI, Loong dan Smooth dari musim lalu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team SMG (@teamsmgofficial)

SaSa sebelum ini dikenali di pasukan ONIC Esports yang mana beliau menjuarai MPL Indonesia musim ketiga. Selain itu, SaSa pernah membantu ONIC menjadi juara Piala Asia Tenggara (MSC) 2019.

Di bawah kendalian Jamesss, pastinya pasukan ini mempunyai peluang cerah untuk menjuarai liga musim ini.

MPL MY musim kelapan akan memulakan musim liga pada 13 Ogos.

Sebanyak 10 pasukan bertanding merebut hadiah terkumpul RM420,000.

RELATED NEWS

+