[RASMI] Suhaz Esports kini melepaskan kesemua pemain MPL mereka

Suhaz Esports adalah salah satu pasukan yang sudah lama dalam arena kompetitif Mobile Legends di Malaysia.

Mereka kini melepaskan kesemua barisan pemain MLBB mereka. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Suhaz Esports (@suhaz.esports)

Pengumuman itu dibuat dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka.

Selepas dua tahun bersama-sama, akhirnya ini menjadi detik terakhir mereka bersama Suhaz Esports.

Walaubagaimanapun, Suhaz Esports perlu mencari pemain baru bagi mengisi kekosongan di MPL MY musim ke-10 nanti.

Kemanakah hala tuju barisan pemain ini di masa akan datang. Adakah mereka akan membentuk pasukan baru untuk bermain di peringkat kelayakan MPL MY musim ke-10?

Kita bakal saksikan tidak lama lagi. Terdahulu, Suhaz Esports berjaya mendapat tempat ketiga di MPL MY musim ke-9 selepas tewas di tangan pasukan Todak dengan skor 0-3.

Mereka juga mendapat tempat ketiga di MPL MY S7.

Foto: Suhaz Esports

RELATED NEWS

+