[RASMI] Sumail sah masuk Team Secret

Syed “Sumail” Hassan adalah lagenda di dalam permainan video Dota 2. Jejaka berusia 22 tahun ini pernah mencatatkan sejarah menjadi pemain termuda memenangi Kejohanan Dunia The International pada tahun 2015.

Beliau sebelum ini bermain sebagai posisi carry di dalam pasukan OG dan hampir meloloskan diri ke peringkat akhir The International 2021 sebelum ditewaskan oleh Team Spirit. Kemahiran mekanikal yang dimiliki oleh pemain ini mendapatkan beliau nickname The King oleh komuniti Dota 2.

Kini beliau disahkan masuk ke dalam pasukan Team Secret untuk melengkapkan pasukan itu selepas IceIceIce memasuki pasukan yang sama tidak berapa lama sebelum itu. 

Sumail akan bersama-sama dengan Nisha, Yapzor, Puppy dan juga IceIceIce untuk menghadapi pusingan DPC yang akan menjelang tiba. Adakah kita akan melihat Sumail beraksi lagi di middle lane?

RELATED NEWS

+